Thursday, 15 September 2011


Adakah korang tahu apa yang kasha maksudkan ketika kasha mengatakan bahawa kadang-kadang kasha ni tak delah mempunyai apa-apa perasaan bosan atau emosi time korang ada tau.. tapi kenapa semasa kasha dalam mood yang baik korang buat ke mood yang buruk ? Tadi kasha hanya duduk di surau, oleh diri kasha sendiri, dan kasha berfikir dan menangis..


Saya, tetapi kemudian saya tahu bahawa saya ni bangang. bahawa apa yang saya lepas luahkan hati pasal korang tidak wujud kembali kerana korang tak maaf kan kasha. korang kata kasha berubah kerana lebihkan teman lelaki ye.. perkara-perkara yang saya suka dekat dia , korang kutuk dia untuk saya berubah untuk tidak suka dekat dia kan . dan boleh saya tahu kenapa korang sanggup buat kerja macam ni ?


hati kasha panas sangat bila banyak korang burukan dia dan family kasha ,  kasha memang tak faham kasha x kacau boyfriend korang so apa motifnye korang buat mcm tu ? ya'allah sampai suruh putus kan hubungan kasha dia lagi.. sory la kasha masih sayang dia so kasha tak sanggup la..panjang lebar lagi la mereka bising tapi kasha diam je sebab kalau kasha jawap sekali habis korang diam terus mulut tu..so bagi lah mereka besenam mulut tu dan kasha malas nak gaduh just sabor je la..sabar itukan separuh dari iman :)

Sekarang ini kasha tak tahu korang dah kat mana, korang dah lain macam mana. Tapi kasha harap, korang berubah ~ kasha percaya, walaupun kasha dah teruk sangat-sangat tapi masih ada cahaya untuk korang. Sebab kasha tahu, jauh di lubuk hati korang, korang memang baik... lumrah di dunia memang macam ni..Kadang-kadang orang yang kita sangkakan baik, rupa-rupanya adalah orang yang paling kejam sekali. Tak sangka ada orang mcm tu dekat dunia ni.. jadi mari la kita doa kan kepada kawan-kawan kasha..
 
~Ya Allah ~ 
Kau selamatkan lah kawan aku dari terus hanyut dalam dunia dengki 
~ Amin ~

Friday, 12 August 2011

tension !

Hello kawan ! sekarang ni kasha berada di Sunyai Balang .. berbuka kat sini dan relax la skali-skala kat sini gi la di sawah padi.. so sesiapa rasa tension tu mari la tenang kan otak dan jiwa tengok ke sawah hijauwan , angit segar dan biru tenang .. alhamdullila selepas kasha pulun study mana tak nya esok trial , so sebelum berbuka ibu suruh anak-anak nya gi siar-siar kat kg sebelah (sawah) dan masa merayau ke sana tenang walaupun tak seindah syurga tapi ada juga di dunia tempat untuk menyenang kan otak dan jiwa , nak lagi tenang ? gi surau hihi .. 

hai budak form 3 , trial ni memang tak setara so yang skola dah lepas tu agap ni ucap for next exam okay .. Good luck for trial exam .. jangan main-main walaupun ni trial sebab ni akan tentukan asrama dan uji yang kita da bersedia or tak .. kalau result teruk pun jangan putus asa.. PMR lagi penting.. 

puasa tetap puasa itu kan ke 3 di hukum islam , jangan la alasan kata "pening la sebab banyak fikir study untuk exam sampai i pun nak demam" . macam budak skola rendah ! haha tapi kalau yang tak boleh ada sebab tertentu itu di maaf kan .. banyakkan makan kurma dan kismis ye berbuka dan sahur minggu exam ni hehe ..

thatz all , study hard study smart ! semoga Allah berikan kecemerlangan dengan usaha kerja keras kita aminn.. bye ! good luck tau!!!

Friday, 1 July 2011

sukan 2011

okay pertama sekali kasha nak story about 1st activity for today iaitu larian serentak 1 sasaran 1 sukan 1 malaysia seluruh negara . da sertai dapat la nama tercatat dekat Malaysian Book Of Records hihi . cikgu kata sekolah menengah kena bimbing budak sekolah rendah masa lari ye . ah nasib baik kasha dapat yang cute . kesian budak tu asyik kena cubit je pipi dia haha ..

seterusnya , mula la acara pembarisan . kasha mesti la kena wakil rumah biru . dan taniah juga kepada perserta kawad rumah biru . alhamdulilla kita juara tahun ni .weee..

selapas itu , sukan bar lapan . kasha takdapat wakil sebab tak terpilih pun haha . maklumla kasha lari lembab hehe .. alhamdulilla rumah biru dapat paling terbanyak pingat emas haha .. taniah Farhana , Joy Ann , Celine Lim dan lain - lain tak kenal la sorry hehe ..

kemudian , acara pakaian rumah sukan . tahun ni rumah biru ala - ala tema Alice In Wonder Land .. ada arnab , Butterfly dan ada Alice :) .. rumah merah pula pun macam Alice in WonderLand tapi ni yang Red Quent dan Card merah . Rumah Kuning pula tema Famaly Simpson .. ada Homer , Marge , Bart , Lisa , Maggie .. dan untuk rumah hijau pula tema Princess and the frog ... untuk pemenang untuk kali ni ialah ruamh kuning so taniah rumah kuning..

justru , acara senam robik . taniah kakak senior kerana buat persembahan best . dan taniah juga kepada rumah sukan kuning juga okay .. everyday im shuffle - ing haha..

terakhir sekali, untuk jumlah total semua markah , juara untuk bar sukan untuk tahun ni rumah biru alhamdulilla.. sudah 5 tahun rumah biru tak pernah menang .. harap-harap next year menang lagi hehe..